Rindu.
Thursday, 17 December 2015 @ Thursday, December 17, 2015 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum.
Weh lama sangat tak update blog! Ghinduuuuuu, Bukan malas ye, tapi sibuk dengan SPM! Sekarang ni boleh lah nak update hari hari (kalau rajin) sebab SPM dah habis. Freedom oii tapi bosan sangat terperap je dekat rumah.
Makan, tido, tengok tv, belajar kereta dengan ayah, pergi rumah tokwan lepastu ulang benda yang sama. Bosannya! So lifelessssssss. Ada jugak mereput sampai berhabuk dekat rumah nanti, haih. Btw rindu nau dekat classmates! Rindu nak buat bising, rindu nak rehat sama-sama. Rindu nak gaduh, selfie apa semua. Rindu nak bahan cikgu Mail sama-sama. Rindu time lupa nak siapkan kerja math sampai cikgu halau semua keluar dari bilik math hahahaha. Rindu nak curi curi makan dekat bilik kak Chah.
Dalam banyak banyak kelas, kelas kitorang la yang paling bising. Bak kata cikgu Mail "kelas korang ni bising sangat. sampai kebawah dengar! tak padan dengan kelas nombor 2" kahkahkah. Semua cikgu cakap kelas kitorang bising sampai kena marah banyak kali. Mula-mula ramai gak cikgu complained pasal kelas kitorang, bila dah biasa, dengan cikgu sekali joined!
Rindu nak gelak dengan cikgu Mail. pah ceroh mapuh aku lepastu suruh aku bangun, baca petikan tu la, ni la. cikgu pilih aku sebab classmates lelaki suka sangat suggest kan nama aku. dalam sehari tak sah kalau aku tak kena, kadang2 stress gak tapi aku okay je sebenarnya haha. Rindu nak dengar classmates lelaki buat lawak sampai ustazah yg serious pun boleh tergelak. ya Allah, serious time tu ustazah gelak sampai merah muka. comel! haha
Rindu nak tengok cikgu Raimin explained jalan kira addmath banyak kali sebab kitorang tak faham. Bila cikgu tanya tak faham yg mana, kitorang jawab "semua!". cikgu pun garu kepala hahaha. Lepastu rindu teacher, sebab teacher kitorang kecik je, speaking hari hari! sampai classmates aku ada yg tak faham. aku faham cuma kalau aku tak fokus memang ke laut. aku blur macam tak pernah belajar sbb teacher memang cakap full english time mengajar hihi. cikgu math pun! kalau tang dia explained, memang laju. kitorang macam "apa bendaaaaa ni ya Allah" nak tanya pun takut sbb cikgu math garang jugak la. tapi time dia okay, kitorang rilek je, boleh lah buat lawak kadang kadang hehe.
kalau dengan cikgu rosli, memang stress level 99 bak hang! hahaha sebab kitorang macam kureng sikit ah dengan subjek akaun. time cikgu okay, kitorang macam okay bolehlah faham sikit. tapi kalau cikgu tengah hangin, nak angkat kepala dari menghadap kertas pun takut, lagi lagi time cikgu soal. berpeluh tangan aku sampai sakit perut! kahkahkah. cikgu sejarah pun best sebab cikgu baik sangat sangat! tak siap kerja pun muka rilek je tapi nampak la mcm bengang jugak sbb kitorang mmg pemalas. time jawab soalan, boleh, time suruh hantar keje sekolah, harom. hahahahaha
haa lepastu ustaz tasawwur! best belajar dengan dia. dulu senior cakap yg ustaz suka soal sorang sorang. bila rasa sendiri, takde pun ustaz buat camtu? jeng jeng jeng. tapi serious best sebab ustaz kelakar lepastu banyak cerita & suka bagi nasihat! kadang kadang suka bahan aku jugak, asyik nak padankan aku dengan uyie la, daus la. aku redho je haha. cikgu sains pun okay tapi mengantukkk! belajar sains tahun ni mmg teruk ah sbb tahun lepas nota semua siap. tahun ni bab 1 je tu pun siap separuh hahahahahahaha. cikgu siap tulis kat buku "nota miskin." aku tergelak baca hehe. lastttttttt sekali, cikgu ekonomi! Ya Allah, tau tak tiap kali masa eko, kitorang kena guna bilik sejarah. kebetulan meja dalam bilik tu ada macam tinggi dia punya kt depan tu, kitorang tidoooo je haha. aku pernah tido sekali je lepastu serik sbb time tu cikgu sebut nama aku, aku terkejut macam nak gugur jantung. lepastu aku tak tido dah haha. serious weh
rindu sangat. betul la orang cakap, sekolah lah paling best untuk kita cipta kenangan dengan orang orang yang kita sayang. time sekolah, macam ala biasa ah tu bla bla bla. lepas habis sekolah, baru aku faham macam mana rasa sakit tu, kena berpisah selepas 5 tahun bersama. ya Allah, perit. tapi itulah kenyataan. setiap pertemuan, ada perpisahan. Allah bukan saja saja mempertemukan kita. mungkin ada sebabnya.
Wallahualam
|
Profile
![]() Tagboard
Round of applause
Background : Faqihah #Don't remove this #Don't ripping |