
|
28122013
Monday, 30 December 2013 @ Monday, December 30, 2013 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum.
"Indeed we belong to ALLAH and indeed to Him we will turn"
Jumaat. - Tokki. Semakin hari semakin tenat. Anak anak tokki semua balik. Saudara mara semua dah ada di Besut.
Busy tak terkata.
Setiap hari kami baca yassin untuk tok ki supaya cepat sembuh. dah 6 tahun tok ki terlantar atas katil kerana penyakit angin ahmar. Mungkin ini semua ada hikmah. Tok ki dah lama sangat terlantar kat atas katil tu. Terseksa sangat hati aku bila tengok tok Ki macam tu. Sabtu. 12.50 pagi - Tokki telah pergi meninggalkan kami semua. Setelah beberapa hari tak lalu nak makan, minum, asyik tidur je. Tokki nampak letih sangat. "Tokki tidur je sepanjang hari, makan pun taknak. nampak letih" ayat yang kerap aku dengar daripada tokwan, ayah dan ramai lagi. Banyak kenangan aku dengan tok Ki. aku rasa macam baru semalam tok Ki pergi ambik aku kat sekolah tadika, naik kereta volkswagen tok ki warna silver. aku rasa baru semalam aku suap makanan dekat tok ki. aku rasa baru semalam aku buat peace dekat tok ki. aku rasa baru semalam aku cakap inggeris dengan tok ki time nak suap kuih. aku rasa macam. . . sekejap je. semua ni terlalu pantas. it's not like aku tak redha. aku redha. Semua manusia akan meninggal dunia termasuk aku. muda ke tua, sama je. Ni adalah kehilangan yang paling besar dalam hidup aku. aku tak mampu jadi kuat macam tokwan. aku tak pernah nampak tokwan menangis. maybe tokwan dah bersedia dengan semua ni. tokwan insan yang kuat. aku respect sangat dekat tokwan. Ya Allah . . :( aku sedih bila ternampak wallpaper tokwan tengah cium pipi tok ki buat kali terakhir dekat phone ayah. disebalik wajah ayah yang sentiasa tersenyum, tersembunyi seribu satu kesedihan. sejuk je muka tok ki. putih. bersih. tersenyum. sebak hati aku. aku menaip post ni dalam keadaan sebak. tak menangis tapi hampir menangis. semalam aku dah berjanji dengan diri sendiri yang aku taknak menangis. aku taknak roh tok ki terseksa di sana. aku sayang tok ki sangat. he's my one and only. he's my everything. Semoga tok ki tenang di sana. walaupun tok ki dah tak ada di sisi kami, tapi tok ki sentiasa dan akan ada dalam hati kami semua selamanya. kami sayang tok ki dan tokwan. Happy birthday tok ki.
Love,
your grandchildren.
I love you.
|
Profile
![]() Tagboard
Round of applause
Background : Faqihah #Don't remove this #Don't ripping |